About Me

My photo
Life always offers you a second chances... It's called tomorrow... :)

Tuesday, April 16, 2013

PreciousGempak : Menghilangkan Jerawat Dengan Picasa 3



Hari ini aku nak bagi satu petua untuk korang menghilangkan jerawat. Tak payah susah-susah nak makan Vitamin C atau nak gunakan petua nenek korang. Korang hanya gunakan Picasa 3. Jangan ingat Picasa 3 ni ubat pulak yea. Hehehe. Tapi petua ni untuk cantikkan wajah dalam gambar je la. Realitinya, korang memang kena cari solution untuk masalah korang. Hari ini, wajah adik aku akan menjadi mangsa edit aku. Dia ni memang ada masalah jerawat batu, tapi sekarang dah kurang sebab dia dah dapatkan ubat yang sesuai untuk kulit dia. Tinggal parut-parut jerawat je la sekarang, jadi aku akan menghapuskan jerawat dan parut jerawat yang masih tinggal. Jom kita proses muka adik aku supaya licin.


No.1 : Download Picasa 3




No. 2 : Dapatkan gambar yang korang hendak edit, korang boleh klik kanan dan 'edit in Picasa'.






No. 3 : Picasa akan memaparkan gambar anda seperti di bawah. Kemudia klik 'Retouch'.






No. 4 : Paparan di bawah akan keluar, korang boleh kecilkan dan besarkan saiz berus dengan klik 'Brush Size' dengan mengerakkannya ke kanan atau ke kiri.






No. 5 : Klik pada kawasan yang anda hendak hilangkan.






No. 6 : Kemudian, klik pada kulit yang elok dan sepada dengan warna kulit yang korang mahu hilangkan. Bulatan tersebut boleh digerak-gerakkan sehingga korang mendapat warna yang sepadan.






No. 7 : Jika korang tersilap, jangan bimbang kerana korang boleh undur balik dengan menekan 'Undo Patch'.






 No. 8 : Jika sudah siap, korang boleh klik 'Apply'.






Lihat, dah cantik kan? Tiada lagi kesan jerawat. Selamat tinggal jerawat.






Korang boleh lihat perbezaannya sebelum dan selepas diedit.




Haaa. Korang pasti suka kan? Jadi jangan lupa untuk mencuba Picasa 3 ni yea..... :)









No comments:

Post a Comment