About Me

My photo
Life always offers you a second chances... It's called tomorrow... :)

Wednesday, April 17, 2013

PreciousLife : Kek Letak Jawatan



Bukan kek yang letak jawatan yea, tapi orang yang buat kek tersebut iaitu Chris Holmes. Kreatif betul, macam mana aku tak terfikir nak buat macam ini masa birthday bos aku hari tu. Chris Holmes ni meletak jawatan kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan peniagaan kek yang telah diusahakan beberapa tahun lepas.

"Saya menyerahkan sendiri kek tersebut kepada pengurus yang bertugas. Saya rasa dia terkejut dengan kek itu," katanya. 

Menurutnya, kek tersebut sangat istimewa kerana dibuat daripada lobak merah yang dicampur kelapa parut, kacang, kismis dan menggunakan krim mentega oren. "Surat itu mungkin kelihatan agak 'padat' kerana terlalu banyak perkataan yang saya mahu tulis. Bagi saya, ia 'kejutan' yang manis," katanya. 

Holmes merasakan cara sedemikian sebagai jalan terbaik untuk melepaskan jawatan dan berharap rasa kek tersebut mampu memberi 'ingatan' menarik kepada mereka yang merasainya. "Saya sudah merancang perkara ini selama enam bulan, namun merahsiakannya kerana tidak pasti bila saya akan meletak jawatan," katanya. 

Holmes sudah bekerja dengan jabatan tersebut selama tujuh tahun dan mula menjalankan perniagaan kek secara kecil-kecilan sejak Julai 2010. SUMBER



Kalau aku buat macam ini untuk minta kerja, agak-agak diorang terharu tak?? Hahaha.... :)



No comments:

Post a Comment